THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, February 14, 2011

~Masih Suami-Isterikah Di Alam Akhirat Kelak??~


1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.
Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh 
Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli 
syurga. Rasullullah SAW bersabda " Tiada si bujang di dalam syurga" 
(Muslim). Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal 
dunia.


2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin 
Sesudahnya.Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan 
lelaki daripada ahli syurga.



3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga. 
Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan 
suaminya tidak masuk syurga, akan dikahwinkan oleh Allah dengan 
seorang daripada lelaki yang masuk syurga.



4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin. Wanita ini akan berada bersama 
suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.



5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya. Wanita 
ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya 
suaminya masuk syurga.



6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya Wanita yang 
kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir 
dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali di aberkahwin. Suami yang 
terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli 
syurga.

0 comments: