THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES �

Monday, March 14, 2011

~~suka gilerrrr kat dia nie~~~

bukan aku suka kat dia ok!!!!tapi aku suka kat lagu dia nie..hehehhe

best...gilergiler....dop pua dengor!!!

Tuesday, March 8, 2011

~~~silent mood~~~

sesuai ngan title entry kan......hehehehe
arinie kat opis sunyi gilerrr...ehh bkn arini jerrrr tp minggu niii...
coz sume bos-bos xdop,,,staf-staf xdok...bukan saje-sajer cuti ehhh..
tapi kena gi keje luor...ade kena gi marang village,ade kna gi glory beach resort PD,...wohhh best je dengor kna gi keja luor kan,,,tapi hampehhhhh.....sape yang kena gie,dia jer yang tau,,,huhuhu...
ERMM BAIK DUK OPIS LAYAN FB NGAN BLOG POM BEST JGAK..PADA KNA GI KJE LUOR YANG BOLEH MENGHABISKAN DUIT AKU JERRRR....olohhh font beso lok,,malah ar nok tuko..bace je laaa!!
ermmm malas arrr nk coret panjang-panjang...aku nak kuor jejalan jap..hehehe..lum kul 12 agie ni...camner nak lari dri en lie ni hah..adoiii...nmpknyer kna tunggu kul 1 jgk laaa nieeee.....

Monday, March 7, 2011

~~~kenapa ramai yang suka~~~



Kenapa ye ramai orang suka sangat kerja dengan goverment ini?

Walaupun gaji takde la banyak mana, tapi ramai yang mengimpikan bekerja di sektor awam. Adakah anda mahu tahu sebabnya? Ramai orang suka kerja kerajaan kerana kelebihan - kelebihan ini:


1.Elaun perumahan
2.Cost of living allowance (COLA)
3. Imbuhan tetap khidmat awam (Itka)
4. Kenaikan gaji setiap tahun
5. Kemudahan pinjaman komputer dan kenderaan
6. Cuti tahunan mengikut kelayakan
7. Cuti bersalin
8. Pinjaman perumahan
9. Caruman KWSP atau pencen
10. Bersara pada umur 58 tahun
11. Peluang kenaikan pangkat
12. Peluang melanjutkan pelajaran
13.Peluang untuk berkursus dari semasa ke semasa
14. Lebih banyak masa diluangkan bersama keluarga

Ya! itulah kelebihan - kelebihan bekerja di sektor awam. Maka tidak hairanlah ramai berebut - berebut untuk memohonnya.

Sunday, March 6, 2011

~~~weekend at melaka~~~

kamis...8.30 a.m...tumpang jue mari WDI untuk ke melaka coz bas xlalu kot batu buruk..dia ikut kot bukit payung sbb ambik orang-orang dun saner...

11.30 ke pej dun bukit payung..tq to mira ngan kak yana coz sudi hantar asma dan aku di sana...after that,tunggu  lam a5 min..bas pon sampai..terus bertolak ke melaka....mood mula2 hepi gilerr...tpi bila dah separuh jalan nape mcm xder mood je nk jalan...huhuhu.....sbbnyerrrr hanya sayer dan asma jer yang tau.....

perjalanan yang mengambil mase berjam-jam ni memang membosankan...kiri kanan sume pokok kelapa sawit...huhhh bosan...lam kul 8.30 sampai la kami di hotel naza talyya,melaka...sesampai jerk en alfian dah tunggu kami disane untuk check in..kami di jmput makan dlu sblm ambik bilik masing2...wahh time ni segan laa plak duk meja vip..sekali ngan en pian n cikgu2....sbb penat xterkata..makan jelaaa kat c2...
then,cik pian bagi kuci bilik...naik bilik simpn barang2 trus keluar...huhuhuu...pegi funfair...macm la tgnu ni xder funfair kan!!!excited semacam jerrr..then gi saner tgk org main pelbagai mainan...mcm tmpt gambling la plak..siap sape menang dpt bear yang besar punya...aku dah geram gilerr coz tengok ramai org yang dapt bear beso-besor tuh....makin lama duk citu makin tergugat jgk aku ngan asma nie..siap gi beli token lagi nk main..huhuhu...tp beli 5 token jelaaa...nk beli byk2 xder duit lak...ahakssss.....
main punya main igt dapat laahhh bear besar,,tp ape yang dapat hnya key chain bear jerrr...ermmm sedey laks...

jumaat...8.30..after breakfast trus ke dewan tuk bengkel 1 bersama fasi...ermm akku join jelaa.ambik2 gmbar..ambik video....best jgak....

petang tu kitaorg keluar jejalan kat bandar hilir...ermmm aku diserang headache yang teruk...tp terpaksa gak lajan...nti kesian lak asma sorang2..so jalan jela dengan mood yang tersangat sakit...uwwwaaaaaaaaaaaaaaa.....

malam lak kitaorg di bawa tuk naik river cruise....fuhhh best jgk laa naik mnda ni..round2 sekitar bndr melaka tu..mcm2 sejarah ader..tp time ni mood aku sakit kepala giler2 lagi...uwekks aser macam nk termuntah jer....nasib asma ader tuk ambik gambo...aku mmg xlarat gilerr dah....

ermmm setakat nie jelaa aku tulis...ader lagi cite tuk ari sabtu tue...tp simpan esok lak...aku pon dah penat mengarang nie..keje lak berlambak-lambak nie..so to be continued la yer.....


Wednesday, March 2, 2011

~~~~SUSAHNYERRRR KEJE NIE~~~~~~

arhhhhhgggggghhhhh...fadeup nyerrr....mlsnyerrr nk keje nihhhhh...
susah laaa nk berurusan ngan orang-orang ~~~~~~~ nie....
kan best buat akaun....
leh mnyepikan diri jerk time wak keje...
xder orang pon nk ganggu....huhuhu...
nie...dah dahla kejarkejar nk ambik sign bos,,,kejar ngan client agieeee...sume nak cepat!!!!
klu nak cepat buat sendiri laaa weh.....hanrat lambat....ikut turn laaahhhh..hahahah


sekian untuk arie nie~~~~~weeeeeeeeeeeeeeeeeeee.....


esok akan kerrr melaka..yahooo.jalan lagi....

Tuesday, March 1, 2011

aKu sUKe DiA

Kucing adalah haiwan yang paling digemari orang Melayu sebagai binatang peliharaan.  Kucing dianggap dapat memberi banyak faedah kepada tuannya.  Namun jika hendak memelihara kucing, orang Melayu mempunyai beberapa syarat dan petua yang boleh diikuti.


Carilah kucing yang warna bulunya putih semua dan panjang ekornya.  Lebih baik sekiranya bulu kucing berwarna kelabu muda atau kelabu tua manakala matanya berwarna biru.  Kata orang, memelihara kucing sedemikian boleh mendapat khasiat yang baik dan sentosa rumahtangganya.



Jika kucing jantan yang dipelihara berbelang tiga warna iaitu warna hitam, putih dan merah, alamat tuan rumah memperolehi rezeki yang baik.  Petua orang tua, sekiranya mahu rezeki menjadi lebih baik, tanamlah kucing hitam mati tua di bawah pintu rumah.


Jauhkan kucing daripada bertengkar di dalam rumah kerana rumah tangga pasti akan berlaku pergeseran atau pergaduhan.  Sekiranya kucing tetap bertengkar setiap hari di dalam rumah, alamat rumah itu panas dan sukar mendapat rezeki.


Di larang memelihara kucing yang bulunya hitam semua kerana alamatnya tidak baik.  Sekiranya tuan rumah mempunyai anak gadis, anak gadisnya sukar mendapat jodoh. Tuan rumah akan sering terkena sengsara dan berlakunya pertumpahan darah di dalam rumah. Namun sekiranya minat memelihara kucing hitam, carilah yang bulu keempat-empat kakinya putih.  Lebih  baik sekiranya ekornya bersimpul kerana itu petandanya kekayaan.


Jangan pelihara kucing yang berwarna lemak ketam dan panjang ekornya kerana alamatnya, berlaku kehilangan harta benda di dalam rumah serta sering boros rezeki simpanannya.  Namun sekiranya ekor kucing itu bersimpul, masih ada baiknya kerana simpulan itu membawa budi selamat.


Jikalau kucing yang dipelihara berekor barik-barik (berbatik) panjang, firasatnya buruk, menyebabkan pertengkaran, susah hati, sering berdukacita dan jauh daripada kebahagiaan.  Namun kalau ekornya bersimpul, alamatnya tidak berapa buruk.


Jikalau kucing belang hitam pada warna bulunya yang putih, baik sekali dipelihara kerana tabiatnya tulus dan kaya, murah rezeki.  Apatah lagi sekiranya ekornya bersimpul, makin banyak manfaat kepada tuan rumah.

Diingatkan, janganlah memelihara kucing hitam yang kepalanya putih sehingga ke mulut kerana firasatnya kejahatan dan celaka selamanya.

Gelaran ‘kucing leher’ diberikan kepada kucing yang bulunya putih, kepalanya hitam mengalur sampai ke dada.  Kucing sebegini baik dipelihara kerana membawa kebahagiaan kepada seisi rumah.

Kucing yang ekornya berwarna putih panjang walaupun sembarang warna badannya, tidak elok dipelihara kerana kulitnya mudah mati atau berkurap.  Kucing sebegini disebut ‘bisa’.

Baik juga dipelihara kucing yang telapak kakinya putih hingga ke kepala kerana tuannya bakal kaya dengan rezeki.  Kucing sebegini disebut ‘bunga mulia’.

Kucing berwarna merah dengan ekornya mengalur hitam dari punggung, digelar ‘kala-ngumbara’.  Tidak baik memelihara kucing sebegini kerana sering akan terjadi sangkak atau gendala dalam perjalanan tuannya.  Namun kalau ekornya bersimpul, kucing itu boleh dipelihara tetapi tiada firasat baik atau buruk kerana firasat buruk kucing itu telah tersimpul pada ekornya.

Baik dipelihara kucing putih warna bulunya tetapi hitam dadanya sampai belang pada punggungnya.  Kucing sebegini digelar ‘Sangga Buwana’.  Firasatnya, kucing ini membawa ‘selamat’ pada seisi penghuni rumah juga harta bendanya.  Jika ekornya tersimpul, akan bertambah luhur dan damai tuannya.



Janganlah memelihara kucing yang dadanya hitam mengalur putih hingga ke hujung dada.  Kucing sebegini dinamakan ‘Baja Ngangsar’ kerana memberi bahaya kepada tuannya, lebih-lebih lagi bahaya ketika berada di air.

Janganlah memelihara kucing dandi (berbelang kecil) merata seluruh tubuhnya melainkan buntutnya putih kerana tuannya akan sering ditimpa kesusahan, kurus kering, kehilangan harta benda dunia dan susah mendapat anak.  Kucing sebegini digelar ‘Bintang-berekor’.



Orang tua-tua juga berpesan, peliharalah kucing bisu yang tidak mengeluarkan sebarang bunyi, biar apa warnanya sekalipun. Kucing sebegini digelar ‘Wisnu-bertapa’ dan dianggap memberi tuah kepada tuannya.

Lebih baik lagi, peliharalah kucing yang mempunyai pusar bulu di tiga tempat iaitu kepala, dada dan punggung.  Kucing sebegini digelar ‘ketam-berani’ dan dianggap raja segala kucing.  Kucing ini dapat menguasai semua kucing yang ada dan dapat memberi kemakmuran serta kedamaian pada tuannya.

Demikianlah pantang larang kucing, sekadar petua orang Melayu dulu.  Namun kucing juga makhluk bernyawa dan perlukan kasih sayang.  Janganlah terus membuang kucing anda sekiranya kucing peliharaan anda kini, dalam kategori kucing yang tidak elok dipelihara.

Monday, February 28, 2011

sEbAgAi SeOrANg AnAk

 
Ajaran Islam meletakkan ibu bapa pada kedudukan yang mulia. Banyak bakti yang boleh dilakukan kepada ibu bapa. Bakti itu dalam bentuk metarial dan hubungan kasih sayang. Ini bersesuaian dengan fizikal ibu bapa yang semakin uzur dan memerlukan lebih perhatian.


nie antara - antara10 bakti perlu dilakukan setiap anak terhadap ibu bapa.bayank care lagi untuk membahagiakan mereka....so aku bagi antaranya jela kan...

1. Memberi nafkah.
Terdapat ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka tidak dapat lagi melakukan tugas seharian disebabkan faktor usia. Kalaupun berkerja, tetapi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat.

Justeru menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada ibu bapa. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu bapa untuk membesar dan mendidik anak.


2. Menyediakan tempat tinggal.
Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal, atau tidak sesuai untuk didiami, adalah menjadi tanggungjawab anak menyediakan tempat tinggal yang lebih sesuai kepada ibu bapa.
Paling baik jika ibu bapa dibawa tinggal bersama agar dapat menjamin keselamatan dan keperluan harian mereka diuruskan dengan baik.


3. Memberi kasih sayang.
Kasih sayang adalah sebagai membalas kasih sayang yang selama ini telah dicurahkan ibu bapa. Kasih sayang ibu dan bapa tidak pernah padam terhadap anaknya. Jadi seharusnya kasih sayang itu dibalas dengan sebaik-baiknya.
Anak yang baik tidak melupai jasa dan kasih sayang kedua ibu bapa. Anak soleh sentiasa memohon kepada Allah agar ibu bapa mereka diberkati dan dicucuri rahmat.
Firman Allah bermaksud: ?Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku ketika kecil.? (Surah al-Isra, ayat 24).


4. Memberi perhatian.
Ibu bapa yang diabaikan akan merasai kesunyian. Mereka terasa disisih dan dan seperti tidak diperdulikan. Hal ini memberi tekanan perasaan dan menyebabkan kemurungan. Keadaan ini jika berterusan memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental ibu bapa.
Penerapan amalan memberi perhatian terhadap ibu bapa perlu disemai, dibajai serta disuburkan dalam kehidupan masyarakat kita. Kes anak yang membuang ibu bapa semakin meningkat. Anak memandang jijik terhadap ibu bapa sendiri.
Banyak ibu bapa yang disisihkan dan dihantar ke rumah rumah penjagaan orang-orang tua. Sukar diterima akal anak mendakwa tidak mampu menjaga ibu bapa. Sedangkan, ibu bapa mampu menjaga dan membesarkan beberapa orang anak.


5. Memenuhi permintaan.
Ibu bapa seringkali memerlukan bantuan anak untuk melaksanakan sesuatu keperluan. Permintaan itu mungkin dalam bentuk kewangan, tenaga dan masa.
Memenuhi permintaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding melakukan tugas lain. Sesungguhnya, memenuhi permintaan ibu bapa lebih baik berbanding melakukan ibadat sembahyang sunat, berpuasa sunat, dan seumpamanya.
Malah keutamaan berbakti kepada ibu bapa lebih utama berjihad di medan perang. Diriwaytkan daripada Bukhri dan Muslim, Ibnu Umar berkata: ?Saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad: Apakah perbuatan disukai oleh Allah??
Lalu baginda bersabda: Sembahyang pada waktunya. Kemudian apa?? tanya saya lagi. Baginda menjawab: Berbakti kepada kedua ibu bapa. Saya bertanya: Apa lagi. Jawab baginda: Berjihad pada jalan Allah.


6. Melakukan apa yang disukai.
Ibu bapa sudah tentu mengharapkan anaknya melakukan sesuatu yang baik pada pandangan mereka. Melakukan perkara yang tidak sukai ibu bapa bermakna melakukan perbuatan derhaka.
Anak derhaka kepada ibu bapa tidak mendapat keberkatan dalam kehidupannya. Sesiapa derhaka kepada ibu bapa disegerakan balasan di dunia dan tidak terlepas di akhirat.
Sabda Rasulullah bermaksud: Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia ialah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.(Hadis riwayat Tirmizi).
Dalam hadis lain diriwayatkan al-Hakam bermaksud: Semua dosa akan ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendak-Nya hingga ke hari kiamat, kecuali balasan menderhaka kepada kedua ibu bapa. Maka sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati.


7. Bercakap dengan lemah lembut.
Satu cara menjaga perasaan ibu bapa ialah bercakap lemah lembut dengan mereka. Suara hendaklah direndahkan dan jangan membantah permintaan mereka.
Firman Allah bermaksud: Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata cis! terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut. (Surah al-Israk, ayat 23).
Sesungguhnya, anak ditegah membantah kata-kata ibu bapa dengan suara tinggi atau bermaksud merendahkan kedudukan ibu bapa. Lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata yang mungkin menyinggung perasaan ibu bapa. Kemudian jika ada kesempatan, gunakan cara yang lembut untuk menjelaskan keadaan sebenar.


8. Menghadiahkan kejayaan.
Ibu bapa sentiasa mengharapkan kejayaan anak mereka. Anak hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan agar dapat dikongsi kegembiraannya bersama-sama dengan ibu bapa.
Jadi, jika memperoleh kejayaan dalam pelajaran, mendapat pekerjaan, dinaikkan pangkat dan seumpamanya, seharusnya dimaklumkan kepada ibu bapa. Ibu bapa dibawa bersama-sama dalam majlis untuk meraikan kejayaan itu.


9. Meluangkan masa bersama-sama.
Anak yang tinggal berasingan dengan ibu bapa perlu kerap meluangkan masa mengunjungi ibu bapa. Ibu bapa berasa senang menerima kunjungan dan menatap wajah anaknya.


10. Mendoakan kebaikan untuk ibu bapa. 
Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu bapanya. Amalan mendoakan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan biarpun ibu bapa telah meninggal dunia.
Sabda Rasulullah bermaksud: Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya. (Hadis riwayat Muslim).



Kebaikan dilakukan anak terhadap ibu bapa sebenarnya amat kecil Anak tidak mampu untuk membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun dia berbakti sepanjang hayatnya.
Gunakan kesempatan yang ada untuk melakukan bakti terhadap ibu bapa sebaik mungkin. Masa untuk anak berbakti kepada ibu bapa sebenarnya semakin suntuk. Lambat laun ibu bapa akan meninggal dunia. Bertindaklah sebelum terlambat, selagi ibu bapa atau salah seorangnya masih hidup.
Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan.Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan.Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan..Kita tidak tahu.Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya,mungkin kita akan tahu.