Sunday, August 25, 2013
CORETAN HATIKU
Posted by ejie aziz at 12:54 PM 0 comments
Monday, February 4, 2013
tersangatlah awesomeeeee
Penyakit distributor Herbalife usia 20-25: Kahwin












Posted by ejie aziz at 2:26 PM 0 comments
Monday, January 28, 2013
makan hati jelaa
Posted by ejie aziz at 8:44 PM 0 comments
Sunday, December 30, 2012
INTRO...APA ITU HERBALIFE????
Herbalife bukan UBAT.. Tapi MAKANAN NUTRISI. Kita pilih nak makanan
yang lazat tak berkhasiat dan mudharat ATAU makanan lazat dan sangat
berkhasiat seperti herbalife. Bukannya bila makan Herbalife, tak boleh
makan nasi. SALAH!!! Ada jadualnya. Kerana tu kita perlukan COACH.
Faham? :-)
![]() |
| Mamat ni insurans anggota badan jutaan AS Dollar, Tetapi berani masukkan Herbalife dalam badannya. |
![]() |
| David Beckam and the geng, LA Galaxy... |
![]() |
| Para atlit Malaysia tajaan Herbalife. Herbalife tidak menaja artis atau model. Tetapi ia untuk mereka yang perlukan tenaga dan kesihatan yang sempurna. |
Posted by ejie aziz at 3:10 PM 0 comments
Thursday, May 10, 2012
Sesaat selepas mendengar kisah Adam dan Hawa
Terbit satu pertanyaan dalam diri ku
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?
Tinggi atau rendah,
Kurus atau gempal,
Cerah atau gelap,
Tampan atau jelek.
Impikan jejaka rupawan,
Persis seorang pahlawan.
Dikala sedang menuntut di menara
Timbul semula persoalan itu,
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?
Motor atau kereta,
3310 atau Iphone,
Selipar atau Adidas,
Miskin atau kaya,
Puas aku mencari
Impikan lelaki hartawan
Persis seorang jutawan.
Dikala sedang berusaha berkerja
Bertanyaku sekian kali,
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?
Malas atau rajin,
Baran atau sabar,
Dungu atau pintar,
Jahat atau baik,
Puas aku berdoa
Impikan lelaki budiman,
Persis seorang beriman.
Aku ingin jadi tulang rusuk kiri siapa,
Cukuplah yang sedap di mata,
Pentingkah harta?
Cukuplah yang mampu menyara,
Pentingkah iman?
Terdiam aku seketika.
bagai tak layak untuk disunting oleh pencinta Ilahi,
Diriku lemah sekali,
Penuh dosa dan layak dicaci,
Bagaimana kalu pemilik tulang rusuk ini ketahui,
Bertapa hinanya si rusuk kiri
Pasti dia menyesal sekali
Tuhan masih memberiku peluang
Akan ku berusaha membaiki diri,
Bagi melayakkan diri pada yang terbaik.
Semoga pemilik tulang rusuk kiri,
Akan bahagia bersamaku di dunia dan di akhirat nanti.
Posted by ejie aziz at 12:38 PM 0 comments
Tuesday, April 10, 2012
hatiku hampa
:: Biar hati yang satu itu RETAK menjadi dua untuk seketika kerana apabila sudah sampai jodohmu, DUA HATI akan bertemu dan MENJADI SATU..sehati, sejiwa, seiman dan seakidah..
InsyaAllah, semuanya kerana Allah..;)
Posted by ejie aziz at 2:56 AM 0 comments
Sunday, April 1, 2012
when..when...
bila akan tiba masanya..aku nak jgak...aku ternanti-nanti saat nie...
arini my best fren dah selamat di ijabkabulkan..alhamdulah..congrats to both of you
arini jgk mjlis mnyambut menantu poksad & nida...meriah sguh aku tgk tdi..
ermmmmmm...sabo erkkk...
Posted by ejie aziz at 2:24 AM 0 comments
Wednesday, March 7, 2012
::semakin hari semakin tidak faham::
salam...rasanya lama dah aku dop buka blog ni...rasa mcm terkubur dah..hikhikhik...
tapi,,actually aku tersangat-sangat lah sibuk skrg nie..memang letih kepala otak nk pk kan keje nie...kenapa setiap keje aku skrg nie sume aku rasa mereka-reka...sakit otak duk pk nak letakkan tajuk ape ..program ape...adoiiii...tension sangat lerrrrr~~~~~xtau nak ckp mcm mana..aku pon ade byk masalah lain lagi nk pk..tp keje aku ni lagi membuatnkan aku jadi lebih tension..
semakin hari semakin tidak faham,,,,itulah ungkapan yang boleh aku kata kepada bos kesayangan sume...
lebih2 pada tuh juz keep in silent ok...aku tension xnak cite lagi....
tapi,alhamdulillah sekarang nasib lah aku boleh berkongsi ketensionan aku nie dengan my assistant..alhamdulliah ade jgak org yang senasib dengan aku..yang paham dengan aku.xxlaa aku menanggung sorg macam sebelum nie...sangat siksa...
Posted by ejie aziz at 1:05 PM 0 comments
Monday, February 13, 2012
::wahai sayang yang bukan sayangku::
Posted by ejie aziz at 4:43 AM 0 comments
~~jagan mengeluh wahai jie~~
KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB"Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."- Surah Al-Baqarah ayat 216
KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. "- Surah Al-Baqarah ayat 286
KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."- Surah Al-Imran ayat 139
KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, (di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). "
KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"- Surah Al-Baqarah ayat 45
KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?- Surah At-Taubah ayat 111
KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. "- Surah At-Taubah ayat 129
KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."- Surah Yusuf ayat 12
KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."-Surah Al-Ankabut ayat 2-3
Posted by ejie aziz at 4:33 AM 0 comments
Wednesday, December 14, 2011
::::status terhebat.:::
Status-status facebook yg memualkan
Salam..
Apakah status -status facebook yg agak memualkan yg korang dapat hari nie

"Penatnye keje seorang Engineer"
uweeeks poyo je lebih..nak bgtau dia keje hebat la tue..hadoilaaa
"Hari nie korang makan kt mane""
ni lg sorang hari2 dok update status yg same, Terus aku delete dari list friend aku ha..ha.ha
"Alhamdulilah dah berjaya menghabiskan puasa 6"
Takyahla nak riak-riak nak bgtau korang buat ibadah sume..sia-sia je nanti.
tp check balik tgk gambar kt facebook..rambut still free hair and pakai seksi. wt the heck

"im horny"
.. hehe.. status memualkan bila seorang pondan post kat fb.. geli geleman rasanya..
"eee...geramnye"
fb sorang awek yg agak cun lah
trus dpt 84 komen...dr jantan2..masing2 tanye wat caring kt awek tu...
aku komen,
"wtf?"
tp awek tu delete komen aku...hahaha...kisah zaman jahil aku dulu hehe..
"erm setakat nk memenuhkan kawan, baik tak payah add aku.. korang sume boleh blah dari friendlist aku.. sekali aku petik sepuluh yg lebih baik datang.."
minah ni bajet superstar gile...!
"skng dah ade org tlg bg duit.login facebook je boleh buat duit dgn mudah..anda pulak mcmane? nak tau? PM saye!"
Buat duit ngn fb.gilo ke apo..baik aku benti keje duk umoh main fb je dpt duit..pastu duk mempoyokan diri bergambar dgn duit byk2.....hahahahhaahahhaa..aku remove kalau ada mcmni...
~There was a time when I started walking on a street~Alongside the road I met those pretty girls~I tried them but I was rejected~So I move on~And today I still walk on the same passage of the road~In front of me stands some other pretty girls with unseen guardians~As I walk through, I watch them closely~And I can't take my eyes off them~ hahah... cobaan!!! -Diari Seorang Lelaki-
Like · · 17 hours ago
nak habaq kt org dia terer omputih..

"Wall aku... Aku punya suka lah nk tulis ape... kowang peduli ape..? hahahhahaha"
Ini status org yg bengang dgn entry aku nie hehe
P.S Kalau korang ada status facebook lain yg memualkan leh komen ye hahaha...anyway aku gurau2 je dlm nie..korang jgn amik seyes plak..y so seyes lor ^_^.peace
Posted by ejie aziz at 9:53 PM 0 comments
CARA CARA PEMAKAIAN TUDUNG
Fesyen tudung. Siapa yang tak ambik tahu pasal fesyen tudung kontemporari? Kalau tak ambik tahu pasal fesyen tudung, jom baca kat sini. Yang memang ambik tahu pasal fesyen tudung, digalakkan baca. Mungkin anda terlepas pandang fesyen tudung yang beredar mengikut aliran zaman.
1. Tudung Nasi Lemak
Pernah tengok nasi lemak ikan bilis? Kat daun pisang tu, ada sedikit terbuka dan menyebabkan ikan bilis tu terkeluar kerana daun pisang tak menutup rapat bungkusan nasi lemak tu. Sebab tu fesyen tudung ni dinamakan 'Tudung Nasi Lemak'.
2. Tudung Bukit
Memakai tudung, tapi kedua-dua bukit ditayang dengan sengaja untuk tatapan percuma. Tak kisahlah apa saiz bukit tu. Tetap nak tayang percuma jugak. Bila diperhatikan, bangga sampai hidung kembang semangkuk. Alahai, mudahnya bagi tayangan percuma. Kalau dah bagi tayangan percuma, nak bagi apa kat suami nanti? Suami anda setaraf dengan orang asing kah sampai apa yang suami anda sahaja yang berhak lihat, anda sudah tayang percuma kepada orang lain.
3. Tudung Sarung Nangka
Pakai tudung ketat sampai menampakkan segala yang ada di kepala, sehingga menampakkan bentuk telinga sekalipun. Kalau kat telinga tu ada 7 subang, semuanya nampak bentuk. Inilah fesyen tudung sesat yang semakin menjadi aliran muslimah masa kini. Ikut artis katakan...
4. Tudung Alien
Dinamakan tudung alien, sebab kepala si pemakai tudung ini meman sebijik dengan kapala alien. Tudung ini juga dikenali sebagai tudung bonggol unta.
Maksud hadis: "Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor Iembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya" [HR Muslim]
5. Tudung Papa Kedana
Kebanyakan yang pakai tudung ni adalah golongan minah rempit sekolah. Pakai tudung sebagai syarat masuk sekolah sahaja, bukan ikut hukum syarak. Masakan tidak, tudung singkat sampai nampak tengkok. Love bite kat leher pon boleh nampak. Mungkin terlalu papa kedana sampai tudung yang labuh sikit pun tak mampu nak beli. Bukan papa kedana bab ekonomi, tapi lu fikirlah sendiri...
6. Tudung Siput
Ni, tak tau nak terangkan macam mana... Tak terkata. Fesyen? Entah... Mungkin pembaca lebih arif
7. Tudung Retis
Ini satu masalah besar lagi. Tudung yang artis ni pakai, mesti jadi ikutan para remaja, seolah-olah artis ni adalah seorang nabi untuk dijadikan ikutan. Alahai artis, berhentilah kalian daripada terus memesongkan ummat daripada ajaran Islam yang sebenar.
8. Tudung Muslimah
Inilah tudung yang benar-benar menyejukkan mata memandang. Mengikut hukum syarak, tidak menonjol, sopan, dan tertib. Tidak jarang, tidak ketat, dan menutup dada :)
Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. [ TMQ an-Nur(24):31]
Entry sentap lagi. Maaf. Bukan nak menghentam kaum wanita. Cuma nak sentap je. Baguslah kalau anda terasa. Tapi terasa je tak cukup. Semoga kalian menjadi muslimah sejati yang menjadi pendokong deen Allah. Amin... :)
Sumber : http://meriahuoll.blogspot.com/

cara pakai tudung ni mudah je...anak tudung..belasah je anak tudung apa...pin bawah dagu..kelepet tepi..amik cincin masuk ujung tudung tarik...siap..selalunya makcik2 banyak pakai style tudung ni....

tudung ni pulak mmg biase...makcik2 nak pi sebeleh umah ..kuar2 jalan2..tudung bawal katanya...ujung tudung selempang kiri dan kanan..siap...pantas....

ade satu masa tudung corak2 cam ni mmg populer...ape lagi amik tudung ikat ke ..ala2 mudah dan cepat...so makcik2...paling sesuai ketika hendak kepasar dan mengumpat dengan jiran sebelah...

ha macam ni pun ade..anak tudung ko terkeluar...kadang tu sampai tutup kening....ni ala2 x nak bagi nampak anak rambut katanya....ni yang menekankan penutupan aurat ni...

tudung mmg populer tahun 80an..tudung cikgu bedah katanya...ikat belakang...jalannnn...lalalala

bila dah masuk2 tahun 2000 tu..mula tudung wardina katanya...ikat..gulung2 kat kepala..nahhh sepit tepi muka..siap...wardina x muka akak?...

bila wardina punya tudung populer...ade lagi tudung baru..tudung binda katanya...nak jugakkk.... kannnn ala2 sebonjot kat tepi muka...chantek sangat aku....

then kuar pulak tudung kain jersi..ala2 getah..ko sarung je..siap...mudah cepat....macam2 kaler ade...pelangi..tompok2..ko cakap je...(dah macam jep sepah dah akak)

di gabungkan pulak dengan tudung lain..nampak kelainnan katanya...variasi katanya...yer kerr...

ni tudung ala2 mak datin...bagi nampak rambut...ala2 kelas tanya..bagi nampak remos....jambul...ko mampu?

pernah nampak orang pakai tudung cam ni?...ni ala2 fesyen penjual kain orang kampuchia...meniaga katanya ..panas...bagi nampak telinga..senang nak tawar menawar harga kain...bagi jelas dengor...
so wardina dah ade tudung...binda dah ade...so akak nak jugak...akak namakan tudung senduk...









Posted by ejie aziz at 9:13 PM 0 comments

































